Penghuni terdedah risiko sesak nafas

Nor Hisham
Nor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Operasi khas ke atas premis bagi menghapus bahaya kebakaran (MBK) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendedahkan lima kesalahan utama dilakukan oleh pemilik bilik sewa sangkar burung di Cheras dekat sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, antara kesalahan utama premis berkenaan ialah pembinaan tangga tunggal selain semua pintu telah ditukar dan bukan lagi pintu rintangan api seperti pelan yang diluluskan.

“Kesalahan-kesalahan yang kita kenal pasti di peringkat awal tadi pertamanya ialah bangunan ini (premis) mempunyai satu laluan sahaja (hanya memiliki satu tangga).

Gambaran bilik sewa yang hanya muat untuk mengangkat tangan serta melunjurkan kaki sahaja.
Gambaran bilik sewa yang hanya muat untuk mengangkat tangan serta melunjurkan kaki sahaja.

“Selain itu, kedudukan ventilator di premis berkenaan telah mengganggu reka bentuk bata yang sepatutnya dapat menahan api masuk selama dua jam.

“Ini akan menyebabkan penghuni terdedah dengan risiko sesak nafas,” katanya kepada Sinar Premium.

Jenis kesalahan premis sangkar burung.
Jenis kesalahan premis sangkar burung.

Tambahnya, pemilik premis yang berbeza-beza dan tiada sistem notifikasi akan menyukarkan mereka untuk memberi maklum kepada penyewa jika berlaku kebakaran.

Artikel Berkaitan:

“Apabila corong udara ke laluan utama koridor tidak bagus dan terlalu sempit, asap akan cepat meresap.

“Lorong sepatutnya hendaklah dibina seluas 1.1 meter, tetapi bilik sewa sangkar burung berkenaan bersaiz dua kaki setengah sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya mendapati sistem pendawaian dan pemadam api di premis berkenaan juga tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Banyak pemilik premis di bandar besar yang telah mengubah suai ruang untuk membina bilik sewa sempit kerana terdapat banyak permintaan.
Banyak pemilik premis di bandar besar yang telah mengubah suai ruang untuk membina bilik sewa sempit kerana terdapat banyak permintaan.

“Pendawaian dibuat terdedah dan tidak selamat. Terdapat pemadam api di premis itu namun ia menggunakan pelekat yang tidak sah dan bukan dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya.