MYTV gantung siaran Awesome TV berkuat kuasa 2 November ini

MYTV menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.
MYTV menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platformnya berkuat kuasa 2 November ini.

MYTV dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penggantungan saluran televisyen swasta itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses antara kedua-dua pihak walaupun pelbagai jalan penyelesaian telah cuba diambil.

"Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

"MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Awesome TV mula bersiaran secara rasmi pada 1 Ogos 2020 dengan menawarkan kandungan tempatan dan antarabangsa.

Bagaimanapun, Awesome TV masih boleh diikuti di saluran Astro. - Bernama

Artikel Berkaitan: