519 ditahan disyaki terlibat penyelewengan minyak diesel bersubsidi

Seramai 519 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris dari 1 Mac lepas hingga Rabu. - Gambar hiasan
Seramai 519 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris dari 1 Mac lepas hingga Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 519 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris dari 1 Mac lepas hingga Rabu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 435 adalah warga tempatan, 28 warga asing manakala dua lagi pemastautin tetap.

Kenyataan itu memaklumkan sejumlah 635 kes telah dihasilkan membabitkan sitaan ke atas 5.36 juta liter minyak diesel bernilai RM11.69 juta serta rampasan aset dan peralatan lain sebanyak RM33.05 juta, menjadikan nilai keseluruhan sitaan ialah RM44.74 juta.

"Sebanyak 12,873 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dengan 69 aduan diterima berhubung isu berkaitan dalam tempoh yang sama,” menurut KPDN yang turut memaklumkan ia bekerjasama dengan beberapa agensi penguatkuasaan dalam usaha menangani isu itu.

Katanya, berdasarkan statistik penerimaan kes daripada agensi berkaitan dalam tempoh sama, sebanyak 320 kes direkodkan dan agensi paling banyak menghasilkan kes ialah Pasukan Gerak Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin (PPM). - Bernama

Artikel Berkaitan: