Rakyat tersepit: PH perlu henti rebut kuasa sesama sendiri

ASYRAF WAJDI
ASYRAF WAJDI
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menghentikan segera polemik perebutan kuasa sesama sendiri yang dianggap menjadi antara punca utama kelembapan ekonomi hingga rakyat terbeban di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keadaan ekonomi yang berlaku kini berikutan kestabilan politik yang tidak menentu.

Menurutnya kerajaan sepatutnya mempunyai perancangan besar bagi memastikan negara mampu keluar daripada kancah krisis ekonomi

"Bantuan terus kepada rakyat di pelbagai kelompok juga penting bagi membolehkan kuasa membeli mereka dipertingkatkan sekali gus menjana iklim ekonomi yang positif," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, pada sesi dialog bertajuk 'Keusahawanan Sebagai Aset Negara' pada Sidang Kemuncak e-Usahawan Hero Muda 2019 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meminta kerajaan memberi fokus kepada empat isu utama yang sedang membelenggu rakyat ketika ini.

Menurutnya, empat perkara itu ialah ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan.

Daim berkata, dengan jangkaan ekonomi negara yang perlahan tahun depan, adalah wajar untuk kerajaan memikirkan langkah sebaiknya bagi menangani perkara itu agar rakyat tidak terus terbeban.

ARTIKEL BERKAITAN Rakyat tersepit empat isu: Daim

Artikel Berkaitan: