Piala Malaysia: 14,925 tiket aksi separuh akhir Perak FC, JDT terjual

Perak FC menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sehingga jam 10 pagi tadi sebanyak 14,025 tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Perak FC dan JDT terjual.
Perak FC menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sehingga jam 10 pagi tadi sebanyak 14,025 tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Perak FC dan JDT terjual.
A
A
A

SEBANYAK 14,925 tiket sudah pun terjual sehingga jam 10 pagi ini bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung di Stadium Perak di sini malam ini.

Perak FC menerusi hantaran di Facebook pada Khamis memaklumkan jumlah tersebut melibatkan pembelian secara dalam talian dan fizikal.

Jelasnya, tiket perlawanan masih boleh didapati menerusi pembelian secara fizikal di kaunter tiket Stadium Perak atau secara dalam talian.

Harga tiket bagi penyokong tuan rumah di tempat duduk grandstand berharga RM40 bagi dewasa serta RM15 bagi kanak-kanak manakala tempat duduk terbuka berharga RM25 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sementara itu, bagi penyokong JDT, harga tiket grandstand dikenakan sebanyak RM55 bagi dewasa dan kanak-kanak pula berharga RM15 manakala harga tiket untuk tempat duduk terbuka pula RM45 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sebelum itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan berkata, seramai 397 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sempena perlawanan malam ini.

Tindakan tersebut dibuat bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus selain kawalan ketat akan dilakukan bagi menjamin keselamatan pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Tegasnya, bukan hanya kawalan di pintu masuk sahaja, anggota juga akan berpakaian preman untuk ditempatkan dalam kalangan penonton.

Artikel Berkaitan: