Terus bersolidariti buat rakyat Palestin - Perkasa Kedah

Wanita dan kanak-kanak Palestin mencari kawasan selamat untuk berlindung selepas Israel melancarkan serangan membabi buta di Gaza. - Foto: AFP, gambar kecil: Azrol
Wanita dan kanak-kanak Palestin mencari kawasan selamat untuk berlindung selepas Israel melancarkan serangan membabi buta di Gaza. - Foto: AFP, gambar kecil: Azrol
A
A
A

ALOR SETAR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah mengajak seluruh umat islam di Malaysia untuk sama- sama menyatakan solidariti penuh kepada Palestin.

Ketua Penerangan Perkasa Kedah, Azrol Mansor berkata, solidariti itu sebagai tanda sokongan bagi membebaskan negara dan tanah air mereka daripada penjajah.

"Tindakan rejim Zionis bersikap tidak berperikemanusiaan dan zalim perlu dihentikan segera dalam memulihkan dan mengembalikan semula Palestin kepada pemiliknya yang sebenar.

"Sehubungan itu, Perkasa Kedah meminta kepada seluruh umat Islam untuk menunaikan solat hajat dan membaca qunut nazilah kepada saudara seagama kita,"katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, rakyat Palestin kini sedang berjuang bermati matian demi sebuah kebebasan dan kemenangan untuk bumi Palestin.

"Ayuh umat Islam di Malaysia. Inilah masanya untuk kita bersoladariti bersama dan membentuk kesatuan demi pembebasan Palestin yang sedang di tindas Israel," ujarnya.

Artikel Berkaitan: