Penuntut kolej vokasional maut dipercayai lumba motosikal

Keadaan salah sebuah motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat Felda Ulu Penggeli, pada malam Rabu.
Keadaan salah sebuah motosikal mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat Felda Ulu Penggeli, pada malam Rabu.
A
A
A

KLUANG - Seorang penuntut kolej vokasional maut manakala rakannya parah selepas mereka dipercayai lumba motosikal di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat Felda Ulu Penggeli di sini, pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan melibatkan dua buah motosikal Yamaha LC dan kereta Perodua Myvi itu berlaku pada kira-kira jam 10.15 malam.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua penunggang berusia 18 dan 16 tahun itu dipercayai sedang berlumba dari arah Kluang ke Kota Tinggi manakala kereta Perodua Myvi yang berada di hadapan turut dalam arah perjalanan sama.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian, kedua-dua penunggang motosikal secara tiba-tiba hilang kawalan sehingga menyebabkan mereka melanggar belakang kereta yang bergerak perlahan kerana mahu memasuki simpang ke Felda Ulu Penggeli.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal berusia 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan rakannya berusia 18 tahun patah kaki kanan, luka-luka di muka, manakala pemandu kereta tiada kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Bahrin, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: