Sila log masuk terlebih dahulu.

Naqiu, Hady Mirza kongsi kejuaraan GV6

Naqiu dan Hady dinobatkan juara bersama Gegar Vaganza musim keenam.
Naqiu dan Hady dinobatkan juara bersama Gegar Vaganza musim keenam.
A
A
A
BUAT pertama kali dalam sejarah Gegar Vaganza apabila tempat pertama dikongsi oleh dua pemenang iaitu Naqiu dan Hady Mirza.

Secara tidak langsung memperlihatkan Naqiu dan Hady berkongsi hadiah di tempat pertama iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah sumbangan selamatbercuti.com, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan sumbangan IMHOMESTYLIST, percutian 2 hari 1 malam di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi dan trofi.

Hady juga memenangi Bintang Cuckoo Paling Gempak buat kali terakhir untuk minggu akhir GV6.

Jatt pula berada di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Shanghai & Disneyland, pakej ubahsuai ruang makan, pakej percutian di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi dan trofi.

Tempat keempat pula dimenangi Nurfatima, yang mendapat hadiah berupa wang tunai berjumlah RM20,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Chiang Mai dan trofi.

ONE hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Ho Chi Minh dan trofi, manakala Sham Visa di tempat keenam menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Astro, pakej ke Jakarta dan trofi.

Pertandingan GV6 di peringkat akhir ini diadili tiga juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Datuk Rizalman kembali sebagai juri jemputan.

Malam kemuncak GV6 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) ini menampilkan pengacara sensasi Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Artikel Berkaitan: