AS guna kuasa veto di majlis PBB benarkan bantuan ke Gaza

Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield sifatkan resolusi penting dan majlis PBB mesti bersuara. - Foto Reuters
Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield sifatkan resolusi penting dan majlis PBB mesti bersuara. - Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Setelah 10 hari rakyat Palestin menderita dibom zionis Israel, Amerika Syarikat (AS) akhirnya menggunakan kuasa veto pada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield sifatkan resolusi penting dan majlis PBB mesti bersuara, namun ia mesti disokong oleh fakta di lapangan dan usaha diplomasi secara langsung.

Washington secara tradisinya melindungi sekutunya Israel daripada sebarang tindakan Majlis Keselamatan PBB.

Tindakan AS tidak disenangi duta besar Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia yang menyifatkan apa yang berlaku di Majlis Keselamatan sebagai paparan jelas sikap hipokrit Washington dan layanan berbeza kepada sekutunya.

Sedangkan resolusi yang digubal Rusia yang menggesa gencatan kemanusiaan Isnin lalu menemui kegagalan.

Rusia berkata, pihaknya kini mendesak Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 ahli mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan situasi di Gaza.

Beliau juga mencadangkan pengundian resolusi dijalankan ketika sidang itu, memandangkan tiada negara memegang kuasa veto.- Awani

Artikel Berkaitan: