Israel penjenayah perang - Pas

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang yang dilakukan regim zionis Israel apabila bertindak melakukan serangan udara ke atas Hospital Al-Ahly Al-Mamdani di semenanjung Gaza.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak seluruh dunia digesa untuk bersama-sama berjihad dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang semakin parah.

“Seluruh dunia perlu membuka mata melihat wanita, kanak-kanak, pesakit dan orang tua dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan.

“Umat Islam tidak boleh lagi hanya menyaksikan kekejaman yang berlaku tiap-tiap hari terhadap saudara kita, pemimpin dan rakyat seluruh dunia mesti bangkit dengan semangat jihad bagi mempertahankan bumi Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Israel sebagai gila dan hilang perikemanusiaan apabila mengebom hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa.

Beliau turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap negara Barat yang berat sebelah dalam hal ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, media perlu bersikap bebas dan berani menyiarkan berita kezaliman Zionis Israel yang merampas tanah Palestin.

“Kerajaan Malaysia juga digesa mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mendakwa Israel di atas jenayah perang terhadap Palestin.

Artikel Berkaitan:

“Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin,” ujarnya.