DAP Pulau Pinang umum tiga jawatan baharu

Hui Ying
Hui Ying
A
A
A

GEORGE TOWN - DAP Pulau Pinang telah membuat beberapa perubahan dalam barisan jawatankuasa negeri selepas pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying berkata, Jagdeep Singh Deo, yang merupakan Naib Pengerusi DAP negeri mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang daripada P Ramasamy.

Ia berikutan tindakan Ramasamy yang mengumumkan keluar parti sebelum PRN lalu.

"Jawatan Jagdeep pula telah diambil alih oleh Setiausaha Publisiti Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong manakala ahli jawatankuasa negeri Heng Lee Lee mengisi jawatan Steven Sim," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu..

Ujar beliau, Jawatankuasa DAP negeri bermesyuarat pada 21 September lalu untuk membincangkan komposisi jawatankuasa negeri selepas PRN.

"Terdapat perubahan pada tiga jawatan untuk penggal 2021-2024,"

Pada PRN lalu, DAP mengekalkan kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi parti itu.

Artikel Berkaitan: