Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo
A
A
A

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas.

Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying berkata, jawatan yang dipegang Jagdeep sebelum ini iaitu Naib Pengerusi negeri diterajui oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, jawatan Steven Sim sebagai Setiausaha Publisiti DAP negeri pula diambil alih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Heng Lee Lee.

"Keputusan perubahan dalam tiga jawatan parti itu dibuat oleh Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang telah bermesyuarat pada 21 Sept lepas bagi membincangkan komposisi Jawatankuasa DAP Negeri pasca-Pilihan Raya Negeri ke-15," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, DAP Pulau Pinang akan memilih kepimpinan negeri baharunya tahun depan. - Bernama

Artikel Berkaitan: