14 terbunuh dalam letupan kilang bunga api di India

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa. - Foto Agensi
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa, menurut polis.

Letupan pertama berlaku di Kanishkar Fireworks yang meragut 13 nyawa, selepas pekerja di sebuah kedai bersebelahan kilang didakwa menunjukkan demonstrasi mercun kepada pelanggan.

Sementara, letupan kedua berlaku di kilang di kampung Kichanayakanpatti dekat Sivakasi berpunca daripada bahan kimia yang digunakan untuk membuat bunga api, menyebabkan seorang pekerja maut, lapor Xinhua. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: