X

Kindly register in order to view this article
!

Polis belum terima notis anjur kongres bantah tulisan jawi

Ahmad Dzaffir
A
A

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima notis daripada Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dikatakan mahu menganjurkan kongres membantah pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular pada Sabtu depan.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, penganjuran kongres berkenaan tidak perlu mendapatkan permit seperti tertakluk mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, kongres ini dijangka dianjurkan di dalam dewan dan bukan di tempat terbuka. Jadi mereka tidak perlu mendapatkan permit bagi program berkenaan.

“Bagaimanapun, mereka perlu menghantar notis kepada polis sebagai pemberitahuan berhubung penganjuran kongres itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, notis makluman itu perlu kerana kemungkinan berlaku kesesakan lalu lintas yang memerlukan bantuan polis.

Dong Zong dilaporkan menggesa pertubuhan Cina lain mendaftar untuk menghadiri kongres berkenaan bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular.

Kongres itu dijadual berlangsung di Kolej New Era di Kajang dengan matlamat untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!