Polis siasat semua maklumat, elak sekongkol dengan penjenayah

Muhamad Zaki menunjukkan kemeja T Class sempena Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan pada Selasa.
Muhamad Zaki menunjukkan kemeja T Class sempena Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis akan menyiasat semua maklumat yang diterima melalui aplikasi WhatsApp tanpa sebarang kompromi bagi memastikan kesahihan perkara itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu bagi mengelakkan masyarakat melihat polis bersekongkol dalam ke jenayah.

Beliau juga memaklumkan menerima mesej melalui aplikasi itu bahawa ada pegawai dan anggota yang terjebak dengan kes tertentu.

"Saya tidak mahu polis dilihat bersekongkol dengan penjenayah dan semua pegawai serta anggota perlu 'berjiwa' polis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan di sini pada Selasa.

Muhamad Zaki turut memuji individu yang menghantar maklumat jenayah secara terus kepada polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.

"Saya suka menerima maklum balas daripada masyarakat yang memberitahu mengenai kes jenayah kerana mereka berada di lokasi itu.

"Ada satu kes di Machang mengenai kegiatan ketum, seorang individu menghantar gambar kepada saya dan kita buat perancangan sehingga suspek berjaya ditangkap," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Muhamad Zaki memberitahu, Class merupakan satu konsep yang menjurus kepada sokongan untuk meneruskan visi dan misi pucuk pimpinan negara.

Menurut beliau, singkatan Class ialah clean, loyalty, action oriented, systematic dan solidarity.

"Kita mahu anggota di Kelantan dapat bergerak dengan lebih hebat," katanya.