LG All- in-One Tower pembersihan terbaik kepada isi rumah

LG lancar LG CordZero All- in-One Tower

Justin (empat dari kiri) dan Kim (lima dari kiri) bersama model yang menggayakan LG CordZero pada Majlis Pelancaran LG All- in-One Tower di Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

A
A
A

LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan produk baharunya iaitu vakum tanpa wayar, LG CordZero All- in-One Tower yang diyakini membawa tahap pembersihan terbaik kepada isi rumah dengan mentakrifkan semula cara penjagaan ruang kediaman.

Produk itu merupakan tambahan terbaharu kepada segmen perkakas rumah jenama LG.

Pengarah Urusannya, Justin Choi, produk yang direka bentuk khas untuk pemilik rumah itu menawarkan penyelesaian penjagaan rumah yang komprehensif melangkaui kaedah pembersihan tradisional sekali gus membuktikan komitmen jenama itu terhadap inovasi dan kemudahan.

“Kami yakin vakum terbaharu ini yang dilengkapi All-in-One Tower akan memberikan pengalaman pembersihan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran LG All- in-One Tower pada Khamis yang turut hadiri Pengarah Produk LG Home Appliances, Jihye Kim.

Justin berkata, All-in-One Tower menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok.

Justin (kiri) dan Kim (kanan) bersama LG CordZero pada Majlis Pelancaran LG All- in-One Tower di Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Justin (kiri) dan Kim (kanan) bersama LG CordZero pada Majlis Pelancaran LG All- in-One Tower di Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

“Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina di dalamnya yang berfungsi hingga 2 jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok untuk menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk.

Artikel Berkaitan:

“Menara ini merangkumi sistem penapisan liga langkah yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British yang menyerap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara bersih dalam rumah,” kata Choi.

Beliau berkata, All-in-One Tower menyediakan penyimpanan yang cekap ruang untuk vakum dan aksesori termasuk ‘2-in-1 combination tool’, ‘crevice tool’, dan mop nozel.

“Menara inovatif itu turut dilengkapi dengan dual 'powerpack', bateri yang boleh ditukarganti dan boleh dicas semula untuk sesi pembersihan hingga 120 minit tanpa gangguan serta menunggu pengecasan semula,” kata Choi.

Beliau berkata, dikuasakan oleh teknologi 'Smart Inverter Motor' dan 'Axial Turbo Cyclone LG', vakum terbaharu ini mempunya daya sedutan yang kuat dan berterusan.

“Fungsi pintarnya memisahkan habuk dan kotoran daripada pelbagai jenis lantai dengan berkesan, menjana aliran udara yang kuat dan motor yang berputar dengan pantas tanpa geseran serta jaminan daya tahanan yang luar biasa,” katanya.

Justin (enam dari kiri) dan Kim (tujuh dari kiri) bersama selebriti dan pempengaruh yang hadir memberikan sokongan pada Majlis Pelancaran LG All- in-One Tower di Kuala Lumpur pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Choi berkata, produk baharu itu juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinkQ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan serta menjalankan diagnosis pintar.

Siri LG CordZero seperti A9T-MAX boleh didapati pada hargaRM4,999,diikuti A9T-CORE pada harga RM4,499, A9K-ULTRA pada harga RM4,199 dan A9K-MAX pada harga RM3,699 serta A9N-LITE pada harga RM2,299.