Muat naik hantaran lucah, akaun FB SPA Perak digodam

Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak.
Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak.
A
A
A

IPOH - Akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tengah hari Isnin.

Pemberitahuan itu dimuat naik dalam laman sesawang SPA negeri Perak melalui https://spa.perak.gov.my.

"Dimaklumkan bahawa Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sehubungan itu, dimohon supaya tidak melayari laman tersebut. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan melalui laman web ini. Terima kasih,” menurut laman web tersebut.

Semakan mendapati terdapat beberapa video lucah di muat naik di akaun Facebook tersebut sejak tengah hari Isnin dengan kali terakhir pada kira-kira jam 9 malam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!