Kerajaan Sabah, SPRM kerjasama banteras rasuah penjawat awam

Hajiji (tengah) diiringi Azam (kanan) merasmikan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 dan Sesi Penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) Siri 36 Bilangan Tiga Tahun 2023 kerajaan Sabah, di SICC, Kota Kinabalu.
Hajiji (tengah) diiringi Azam (kanan) merasmikan Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 dan Sesi Penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) Siri 36 Bilangan Tiga Tahun 2023 kerajaan Sabah, di SICC, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kerjasama antara kerajaan Sabah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha mencegah kegiatan rasuah di negeri ini terutama di kalangan penjawat awam diteruskan dengan pelbagai kaedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kerjasama erat ini tidak terhad kepada program atau aktiviti semata-mata sebaliknya menerusi tindakan berterusan daripada saranan SPRM sendiri kepada kerajaan Sabah.

"Sebagai contoh, saranan SPRM kepada kerajaan Sabah semasa sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Tahun 2021 (HARA) peringkat Sabah supaya Unit Integriti Negeri Sabah (UINS) dinaik taraf sebagai sebuah Bahagian telah diambil tindakan segera dan dijenamakan sebagai Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS).

"Saya juga dimaklumkan saranan SPRM supaya penubuhan dan fungsi BIGoNS sebagai entiti induk dalam mengawal selia pengurusan governans, integriti dan anti rasuah di pentadbiran negeri diperincikan melalui satu pekeliling juga telah diambil tindakan lanjut melalui Pekeliling Integriti Perkhidmatan Negeri Sabah (PIPANS) Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 3 Julai 2023," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2023 dan Sesi Penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) Siri 36 Bilangan Tiga Tahun 2023 kerajaan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Tambah Azam lagi, atas saranan pihak SPRM juga Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut mengeluarkan arahan berhubung Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) dalam pentadbiran negeri yang diharap akan menjadi pemangkin kepada pewujudan beberapa arahan Ketua Menteri dan PIPANS yang baharu.

"Ini bagi memastikan kecemerlangan tadbir urus yang berintegriti dilaksanakan dengan cekap dan efektif ke arah mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya," katanya.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya menegaskan bahawa kerajaan Sabah komited untuk melaksanakan inisiatif pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam negeri.

Menerusi penganjuran KITA 2023 ini adalah inisiatif perdana yang mendukung pemboleh daya kearah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap berlandaskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan.

Artikel Berkaitan: