Pemimpin DAP sambut baik peruntukan tingkatkan syiar Islam

Ganabatirau
Ganabatirau
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau menyambut baik peruntukan RM1.9 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Beliau berkata, ini sekali gus menolak dakwaan pihak tertentu yang sering mengkritik dan melabelkan Kerajaan Madani sebagai sebuah kerajaan yang anti-Islam.

"Kalau dahulu 'mereka' sentiasa kritik Kerajaan Madani anti Islam sebaliknya rakyat boleh melihat sendiri pelbagai bantuan disenaraikan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024.

"Antaranya bantuan kepada Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Sekolah Agama Rakyat dan juga program TVET khasnya kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah didengar sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan jumlah tersebut supaya pendidikan ilmu Islam dapat terus berkembang dalam negara.

Peruntukan bagi meningkatkan syiar Islam pada Belanjawan 2024 meningkat sebanyak RM400 juta, berbanding RM1.5 bilion pada Belanjawan 2023.

Ganabatirau yang juga pemimpin DAP itu menambah, pelbagai peruntukan diberikan bukan sahaja merangkumi keperluan masyarakat majoriti tetapi kepada semua lapisan masyarakat dalam negara.

"(Pelbagai peruntukan) Ini dibawa kepada rakyat sebagai sebuah masyarakat bagi Malaysia jadi saya harap Perdana Menteri yang prihatin seperti ini akan terus diberikan mandat oleh rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: