300 maut, 800 lagi cedera pada hari kelapan serangan Israel di Gaza

Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza - Foto AFP
Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata, kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, seramai 800 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.

Sejak 7 Oktober lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman, selain menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera, dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!