Pegawai kanan hidup mewah, miliki dua jam tangan Rolex disiasat

Gambar kecil: Azri Ahmad
Gambar kecil: Azri Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung seorang pegawai kanannya yang didakwa hidup mewah serta mempunyai dua utas jam tangan berjenama Rolex.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Komisioner Datuk Seri Azri Ahmad berkata, siasatan awal dijalankan setakat ini mendapati kedua-dua jam tangan terbabit dibeli menggunakan duit hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.

"Ibu dan mendiang bapa pegawai berkenaan merupakan ahli perniagaan berjaya.

"Siasatan bagaimanapun tetap diteruskan oleh JIPS meliputi pelbagai sudut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan bagaimana seorang pegawai kanan polis mampu memiliki jam tangan mewah.

Lip Eng meminta polis menjelaskan perkara tersebut susulan kes melibatkan seorang isteri pegawai polis didakwa di sebuah mahkamah di Ipoh berkaitan tuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan: