X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool dalam kelas tersendiri

Para pemain Liverpool meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia Kelab di Doha, Qatar: - Foto FB Andy Robertson
A
A

JARINGAN minit ke-99, Roberto Firmino membolehkan juara Eropah, Liverpool mendakap kejuaraan Piala Dunia Kelab selepas menjinakkan Flamengo 1-0 pada aksi final di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Pada aksi final di Doha, Qatar itu, skuad kendalian Jurgen Klopp berkenaan boleh sahaja mengakhiri cabaran juara Amerika Selatan lebih awal.

Namun, penalti diberikan pengadil dari Qatar Abdulrahman Al Jassim kepada Liverpool ditarik balik susulan penilaian ulang tayang video bantuan pengadil (VAR).

The Reds diberikan penalti selepas Sadio Mane dikasari pemain lawan, Rafinha.

Sementara itu, Klopp menyifatkan kemenangan julung kali itu sebagai sesuatu yang cukup membanggakan buat kelab berkenaan.

"Kemenangan cukup sensasi dan dramatik apabila jaringan Firmino menghadiahkan trofi buat Liverpool," katanya.

Kejuaraan Piala Dunia Kelab meneruskan momentum cemerlang Liverpool musim ini selepas mendakap trofi iaitu Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus