Padang Stadium Bukit Jalil sepatutnya diberi lebih masa - TMJ

Tunku Ismail - Foto fail Bernama
Tunku Ismail - Foto fail Bernama
A
A
A

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpandangan bahawa padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih memerlukan masa sebelum digunakan sepenuhnya.

Isu padang yang baru ditanam rumput Zeon Zoysia itu menjadi perhatian apabila dilihat tercabut ketika pertama kali digunakan ketika aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India pada Jumaat.

"Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan lbrahim.

"Tetapi national team (pasukan kebangsaan) nak pakai secepat mungkin.

"Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium," katanya dalam laman X pada Jumaat.

Tunku Ismail berkata, padang tersebut sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi dua atau tiga bulan.

"Kontraktor ni kontraktor yang sama buat padang JDT," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!