Kerajaan perluas pemberian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan 3 berbanding Tingkatan 1 sebelum ini. - Gambar hiasan
Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan 3 berbanding Tingkatan 1 sebelum ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan 3 berbanding hingga Tingkatan 1 sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 1 juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta.

"Langkah ini bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tegasnya, pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan Madani Kedua.

"Kementerian Pendidikan (KPM) khususnya akan diperuntukkan RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion ringgit tahun 2023," ujarnya.

Anwar berkata, sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara pada tahun hadapan.

"Ia merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina termasuk sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar autisme," jelasnya.

Menurutnya, sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara.

"Antaranya termasuklah SMK Laya-laya, Tuaran Sabah; SMK Baie, Bintulu, Sarawak; SMK Seri Melati, Kuantan, Pahang; SMK Bandar Universiti, Bandar Seri Iskandar, Perak; dan SMK Binjai, Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Selain itum beliau berkata, mulai tahun hadapan kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini.

"Peluasan syarat ini akan memberi peluang kepada tambahan RM35,000 lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP," katanya.