Kerajaan setuju teruskan rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan sebanyak RM55 juta akan diperkenalkan dan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“Perkara ini telah dipersetujui dan akan mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.

“Peruntukan tersebut akan mengurangkan beban walaupun kadar dan tarif elektrik tidak dinaikkan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: