Belanjawan 2024: Ahli Parlimen pembangkang sedondon berpakaian putih

Ahli Parlimen pembangkang berpakaian sedondon putih pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Ahli Parlimen pembangkang berpakaian sedondon putih pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen blok pembangkang tampil sedondon berpakaian putih pada sesi pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang lelaki lengkap memakai baju Melayu, songkok dan sampin, manakala wanita pula memakai baju kurung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat.

Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu memilih beg fail warna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ untuk membawa dokumen belanjawan kali ini.

Beg itu adalah hasil buatan tangan sepenuhnya Khairul Aznan, seorang pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan yang meneruskan legasi batik tiga generasi keluarganya.

Anwar, yang memakai sepersalinan baju Melayu bewarna ungu tiba pada jam 4 petang diiringi oleh dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Beliau turut beramah mesra bersama media sebelum membentangkan Belanjawan 2024.

Artikel Berkaitan: