Coca-Cola Malaysia pacu ekonomi kitaran

Dari kiri: Siobhan Das, Kirsten, Nik Nazmi, Khairul Anwar dan Roberto pada AMCHAM Spotlight Session, bertajuk “Our Future, Our Choice – Sustainability Forum” yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dari kiri: Siobhan Das, Kirsten, Nik Nazmi, Khairul Anwar dan Roberto pada AMCHAM Spotlight Session, bertajuk “Our Future, Our Choice – Sustainability Forum” yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

COCA-Cola Malaysia bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM Malaysia) untuk menganjurkan satu AMCHAM Spotlight Session, bertajuk “Our Future, Our Choice – Sustainability Forum” yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum itu memfokuskan topik memacu peralihan kepada penyelesaian kitaran untuk pembungkusan plastik di Malaysia.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan turut mendapat sokongan padu daripada rakan kongsi utamanya, Malaysian Recycling Alliance (MAREA).

Kolaborasi itu mempamerkan komitmen perpaduan ke arah kelestarian alam sekitar.

Menurut Nik Nazmi, peralihan kita kepada ekonomi kitaran bukan sekadar satu inisiatif dasar tetapi satu langkah sistemik ke arah membina daya tahan, kelestarian, dan masa depan yang lebih cerah.

“Komitmen kami seperti yang digariskan dalam dasar negara mewakili keazaman kami untuk menggunakan sumber secara cekap, mengurangkan pembaziran, dan meminimumkan impak alam sekitar.

“Ia merupakan satu tanggungjawab bersama dan inisiatif seperti dedikasi Coca-Cola terhadap penyelesaian pembungkusan yang inovatif berperanan penting dalam perjalanan kami terhadap arah ekonomi kitaran,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Kelestarian dan Perkongsian, ASEAN & Pasifik Selatan, The Coca-Cola Company, Kirsten van Zandwijk berkata, plastik telah menjadi sebati dengan masyarakat moden hari ini, namun jumlah sisa plastik yang tidak diuruskan sewajarnya di Malaysia amat membimbangkan.

Artikel Berkaitan:

“Dengan data menunjukkan hanya 24 peratus daripada plastik yang masuk ke pasaran Malaysia telah dikitar semula pada 2019, Coca-Cola Malaysia mengakui terdapat keperluan mendesak untuk menangani isu sisa plastik,” katanya.

Beliau berkata, di Coca-Cola, pihaknya menyedari kepentingan dan kerumitan cabaran sisa plastik di Malaysia dan iada sebuah badan yang mampu mengatasi cabaran itu dengan sendiri.

Dari kiri: Khairul Anwar, Kirsten dan Roberto pada AMCHAM Spotlight Session, bertajuk “Our Future, Our Choice – Sustainability Forum” yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dari kiri: Khairul Anwar, Kirsten dan Roberto pada AMCHAM Spotlight Session, bertajuk “Our Future, Our Choice – Sustainability Forum” yang diadakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Kami sentiasa memanfaatkan sumber untuk menghapuskan sisa dan menangani masalah iklim yang disebabkan oleh pembungkusan, dengan berinspirasikan model ekonomi kitaran. Menerusi inisiatif ‘World Without Waste’ kami memacu usaha pembungkusan lestari di peringkat global untuk menggalakkan kitar semula dan persekitaran lestari,” kata Kirsten van Zandwijk.

Kirsten berkata, sebagai salah satu ahli pengasas MAREA, Coca-Cola Malaysia amat mengutamakan kerjasama erat dengan pihak berkepentingan, badan kerajaan, rakan kongsi industri dan organisasi tempatan.

“Kami sangat komited untuk menerajui pakatan-pakatan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan utama. Secara kolaboratif, kami telah membuka jalan kepada pengumpulan dan kitar semula pembungkusan bagi menyokong perkembangan ekonomi kitaran di Malaysia,” kata Kirsten.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Recycling Alliance (MAREA), Roberto Benetello berkata,

MAREA merupakan satu gabungan terdiri daripada pemimpin-pemimpin industri tersohor yang giat terlibat dalam inisiatif Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) secara sukarela.

“MAREA komited mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan kadar kitar semula dan meminimumkan pembebasan pembungkusan ke alam sekitar. Ahli-ahli kami telah menetapkan komitmen untuk memastikan majoriti bahan pembungkusan mereka dipulihkan dan dikitar semula.

“Mereka juga bersedia menerima bahan mentah sekunder seperti rPET, dan berusaha menjadikan bahan ini boleh diakses pada harga yang saksama. MAREA telah bersedia untuk memainkan peranan penting dalam melancarkan peralihan ini,” kata Roberto.