Nilai ringgit lebih tinggi berbanding mata wang utama lain

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain. Foto hiasan
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT diniagakan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama kecuali dolar AS pada sesi awal hari ini apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah data inflasi negara itu yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7280/7330 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7090/7140.

Indeks harga pengguna AS (IHP) dilaporkan meningkat 0.4 peratus pada September dan 3.7 peratus berbanding setahun lepas, yang melebihi unjuran masing-masing 0.3 peratus dan 3.6 peratus.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP AS yang lebih tinggi daripada jangkaan berserta insurans tuntutan pengangguran yang berterusan sebanyak 209,000 minggu lepas telah melonjakkan nilai dolar AS.

Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.74 peratus kepada 106.599 mata, tambahnya.

"Justeru, pertukaran dolar AS/ringgit boleh stabil pada paras semasa sekitar 4.71 selepas mengalami beberapa peningkatan minggu ini apabila kadar pertukaran mencapai paras tertinggi 4.7315," katanya kepada Bernama.

Di dalam negara pula, Mohd Afzanizam berkata pelabur menantikan pembentangan Belanjawan 2024 lewat hari ini untuk mendapatkan hala tuju seterusnya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.9828/9881 daripada 5.0005/0058, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7620/7681 daripada 5.7925/7987 dan tidak berubah berbanding yen pada 3.1571/1606.

Namun, berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit bergerak bercampur-campur.

Nilai ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9744/9920 daripada 12.9997/13.0207 dan kekal berbanding dolar Singapura pada 3.4556/4598.

Ia lemah berbanding rupiah Indonesia pada 301.1/301.6 daripada 299.9/300.4 dan susut berbanding peso Filipina pada 8.32/8.34 daripada 8.31/8.32 sebelumnya. - Bernama