Johor Jewels hormat semua pasukan

Skuad Johor Jewels akan membuat perhitungan dengan KL Wildcats dalam aksi pertama NSL 2023 di Bukit Kiara pada Jumaat.
Skuad Johor Jewels akan membuat perhitungan dengan KL Wildcats dalam aksi pertama NSL 2023 di Bukit Kiara pada Jumaat.
A
A
A

SKUAD bola jaring Johor Jewels tetap menghormati setiap pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 biarpun tampil sebagai juara bertahan.

Bakal membuka tirai kejohanan menentang 'musuh tradisi', skuad Jewels tetap menganggap Wildcats sebagai pasukan yang kuat menjelang aksi sulung di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Jumaat.

No Image Caption

Pengurus pasukan M Juanita Primrose berkata, peluang semua pasukan untuk mengungguli edisi ketiga kejohanan adalah seimbang kerana mereka membuat persiapan yang rapi bagi membentuk skuad yang kuat.

Beliau juga optimis kesemua pasukan bakal memberikan tentangan sengit kepada pasukan lawan, lebih-lebih lagi apabila menentang Jewels.

“Johor Jewels pandang tinggi semua pasukan. Saya pasti mereka juga sudah bersedia sepenuhnya dan peluang untuk muncul juara jadi milik semua,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Selain Jewels dan Wildcats, enam lagi pasukan yang bersaing ialah Selangor Angels, Perak Phoenix, Negeri Sembilan Venom, Pahang Tulips serta dua pendatang baharu Terengganu Marvel dan Putrajaya Dynamites.

Juanita menuntut para pemain untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan yang diharungi bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bagi edisi kali ini, Jewels turut diperkuat dengan kehadiran dua pemain import iaitu dari Sri Lanka dan Afrika Selatan.

“Kami sudah bersedia dan tekad beri yang terbaik. Pemain berpengalaman, An Najwa Azizan bersama rakan sepasukan lain menjadi sandaran Jewels untuk memburu kejuaraan kali ini,” katanya.

Bagi edisi 2022 Johor Jewels muncul juara setelah menewaskan KL Wildcats 50-40 pada aksi final.