Syafiq Ridhwan, Ahmad Muaz sumbang gangsa di Kejohanan Boling Dunia

Syafiq Ridhwan (kanan) dan Ahmad Muaz (kiri) menghadiahkan pingat gangsa dalam acara boling beregu lelaki di Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait.
Syafiq Ridhwan (kanan) dan Ahmad Muaz (kiri) menghadiahkan pingat gangsa dalam acara boling beregu lelaki di Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait.
A
A
A

GANDINGAN Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Ahmad Muaz Mohd Fishol menghadiahkan pingat gangsa dalam acara boling beregu lelaki di Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam ini.

Pada aksi separuh akhir berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club, pemain negara tewas kepada Kim Kyung Min-Kim Dong Hyeon dari Korea Selatan 0-2.

Kedua-dua mereka mencatatkan 222 jatuhan pin berbanding 233 pada perlawanan pertama, diikuti 207 jatuhan pin berbanding 238 oleh wakil Korea Selatan pada perlawanan kedua.

Pada Isnin lepas, kem boling negara berjaya mengumpul satu emas dan satu perak menerusi Natasha Mohamed Roslan yang menewaskan rakan senegara Sin Li Jane dalam acara individu akhir wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan: