Sekolah agama di Johor laksana pendigitalan pendidikan

Majlis Perasmian Penutup Perujian Membaca Berzanji kali ke-24 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pada Rabu malam.
Majlis Perasmian Penutup Perujian Membaca Berzanji kali ke-24 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pada Rabu malam.
A
A
A

BATU PAHAT - Pelaksanaan sistem Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) Albayen fasa pertama telah memberi manfaat kepada 160 sekolah agama di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, menerusi Albayen sekolah terbabit menerima kemudahan WiFi dan juga dibekalkan dengan Smart TV untuk sesi pembelajaran.

"Dijangkakan kesemua 585 sekolah agama di negeri ini akan menikmati kemudahan berkenaan dalam tempoh empat tahun yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Bagi sekolah yang belum mempunyai kemudahan tersebut, mereka tetap akan belajar secara digital dengan menggunakan tablet dan juga komputer yang telah ada di sekolah masing-masing,” katanya.

MOHD FARED
MOHD FARED

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Perujian Membaca Berzanji kali ke-24 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pada Rabu malam.

Jelas Mohd Fared, melalui sistem JPID Albayen ini ia akan memudahkan sesi pembelajaran dengan murid dan ibu bapa akan dapat mengaksesnya di rumah, termasuk latihan serta keputusan peperiksaan dan kehadiran.

“Walaupun sistem ini masih belum menyeluruh tetapi kita telah memulakannya. Oleh itu, cadangan daripada pelbagai pihak dialu-alukan bagi tujuan menambah baik sistem ini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa yang sama kita juga turut mengalu-alukan sumbangan semua pihak kepada Tabung Pendidikan Agama Islam Negeri Johor bagi maksud kita melengkapkan kemudahan digital di semua sekolah,” katanya.

Dalam majlis Perujian Membaca Berzanji Kali ke-24 Peringkat Negeri Johor, daerah Johor Bahru telah muncul johan selepas qari dan qariah mereka berjaya mengalahkan persaingan daripada katogari masing-masing.