Barisan kejurulatihan diketuai Rexy dapat kepercayaan BAM

Rexy Mainaky
Rexy Mainaky
A
A
A

BARISAN kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) diberikan mandat untuk terus mencongak strategi memburu emas pertama pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Malah Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos menegaskan, barisan pengendali ABM diberikan kepercayaan membuat sebarang keputusan berhubung aspek teknikal tanpa melibatkan campur tangan badan induk itu.

"Ya, BAM sentiasa mengamalkan sikap, siapa yang pakar akan diberikan tugas. Sebagai contoh di ABM, Pengarah Kejurulatihan ABM Rexy Mainaky diberikan sepenuh sokongan terhadap perkara yang perlu dilakukan bagi meningkatkan prestasi para pemain.

"Barisan kejurulatihan diketuai Rexy mendapat sokongan penuh daripada BAM untuk terus memacu kejayaan pemain badminton negara.

"Kami hanya sebagai pihak pentadbiran. Masing-masing ada kepakaran yang sudah diletakkan di tempat betul.

"Kita sudah ada pelan jangka panjang, cuma nak laksanakan misi Road to Gold di Paris," katanya kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran KL Masters di ABM, Bukit Kiara pada Rabu.

Dalam pada itu, Jahaberdeen juga Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) memaklumkan individu yang bakal mengisi jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja ABM dijangka diketahui selepas mesyuarat jawatankuasa BAM, Sabtu ini.

Artikel Berkaitan: