Ramai mangsa masih terperangkap bawah runtuhan di Gaza

Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita. - Foto AP
Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita. - Foto AP
A
A
A
GAZA - Pasukan Pertahanan Awam Palestin (PCD) di Semenanjung Gaza berdepan tugas getir berikutan kekurangan petugas untuk membantu mangsa yang terperangkap selepas rumah mereka musnah akibat serangan Israel.

PCD dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan di pelbagai kawasan di Gaza akibat serangan udara yang bertalu-talu, lapor Agensi Anadolu.

Selain kekangan dari segi jumlah anggota, PCD turut berdepan masalah kekurangan peralatan yang diperlukan untuk beroperasi dengan lebih berkesan.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita, menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera pula melebihi 4,500 orang. - Bernama