Lebih 187,500 penduduk di Gaza hilang tempat tinggal

Orang ramai lakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan di Gaza. - Foto AP
Orang ramai lakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan di Gaza. - Foto AP
A
A
A

GAZA - Lebih 187,500 orang dilaporkan kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza sejak serangan mengejut Hamas terhadap Israel pada Sabtu lalu mencetuskan serangan udara besar-besaran di wilayah itu.

Statistik itu didedahkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Dalam satu kenyataan ia menyebut, jumlah perpindahan itu meningkat secara mendadak di seluruh semenanjung Gaza iaitu mencecah lebih 187,500 sejak Sabtu lalu.

Kebanyakan penduduk itu berlindung di sekolah di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kenyataan tersebut menambah, perpindahan baharu itu menambah kepada kira-kira 3,000 penduduk Palestin yang dipindahkan sebelum ini. - Awani

Artikel Berkaitan: