Geely rancang tingkat pelaburan di Malaysia - PM

Anwar menerima kunjungan hormat daripada Shufu petang Selasa.
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Shufu petang Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Syarikat automatif gergasi dunia Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd atau Geely merancang untuk meningkatkan lagi pelaburan di negara ini termasuklah memperkukuhkan Malaysia sebagai hub pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu disuarakan Pengerusi Geely Li Shufu di dalam pertemuan kunjungan hormat ke atasnya pada petang Selasa.

Menurutnya, Geely juga akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.

"Pertemuan ini adalah bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang saya umumkan sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasmi saya ke negara China pada akhir Mac tahun ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook sambil berharap perancangan itu akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara.

Anwar menerima kunjungan hormat daripada Shufu petang Selasa.
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Shufu petang Selasa.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pada Mac lalu, Malaysia meraih pulangan pelaburan dari China RM170.07 bilion selepas Anwar mengetuai deligasi ke negara itu.

Daripada keseluruhan komitmen China, dianggarkan sebanyak RM80 bilion (AS$18 bilion) akan dilabur oleh Rongsheng Petrochemical China bagi kemudahan penapisan di Johor.

Artikel Berkaitan:

Buat permulaan Geely pula akan melabur sebanyak RM2 bilion dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga RM32 bilion sebagai sebahagian daripada kerjasama syarikat tersebut dengan pengeluar kereta Malaysia, Proton.