Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang

Cheras merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 160 setakat 4 petang Selasa. - Foto Bernama
Cheras merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 160 setakat 4 petang Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan di Johor mencatat bacaan IPU melebihi 100 iaitu Batu Pahat (159) dan Larkin (152) manakala Bukit Rambai di Melaka merekodkan 155.

Sejumlah 58 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala enam mencatat IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: