PASRelief salur RM100,000 untuk mangsa perang Palestin

Wakil PASRelief mengagihkan sumbangan kepada penduduk Palestin.
Wakil PASRelief mengagihkan sumbangan kepada penduduk Palestin.
A
A
A

SHAH ALAM - PASRelief menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 berbentuk barangan keperluan asas, termasuk wang tunai bagi membantu penduduk Palestin.

Pengarahnya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, sebahagian bantuan awal kecemasan itu telah diagihkan oleh wakil mereka kepada mangsa perang di sana.

Sumbangan PASRelief berbentuk barangan keperluan asas.
Sumbangan PASRelief berbentuk barangan keperluan asas.

"Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim Zionis Israel semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital.

"Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat. Keadaan getir yang dilalui oleh penduduk saat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Media pada Isnin melaporkan, jumlah kematian di Gaza sehingga kini meningkat kepada 687 orang termasuk 140 kanak-kanak manakala 3,726 mangsa yang cedera sejak serangan Israel bermula.

Menurut Mohd Yusni, pihaknya akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada rakyat Palestin.

"Kami memohon dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini.

Artikel Berkaitan:

"Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Tabung Kemanusiaan PASRelief, 5640 7061 4481 dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 0175001144," ujarnya.