Ayah Remy meninggal akibat sakit tua

Bapa Remy iaitu Ishak Idris menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi akibat sakit tua.
Bapa Remy iaitu Ishak Idris menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi akibat sakit tua.
A
A
A

BAPA kepada aktor, Remy Ishak iaitu Ishak Idris menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi akibat sakit tua.

Remy, 37, berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram miliknya pagi tadi.

"Ayah saya Ishak Idris menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah," tulisnya.

19
19

Sementara itu, pengurus Remy, Azlin Abas berkata, pelakon itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kematian arwah bapanya yang berusia lebih 60 tahun.

"Remy memaklumkan ayahnya meninggal akibat sakit tua, tapi Remy tak kongsi maklumat lain. Apa yang saya tahu ayahnya berusia lebih 60 tahun," ujarnya menerusi WhatsApp.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei sebelum ini mengakui filem Pulang banyak memulihkan hubungan dengan bapanya, yang sebelum itu agak dingin selepas ibu dan bapanya bercerai.

Artikel Berkaitan: