X

Kindly register in order to view this article
!

Isteri pijak kemaluan suami akibat curang

Bripka Isyana memukul suaminya sehingga tersungkur hingga menyebabkan kepala terhantuk di bucu meja dan terjatuh ke lantai.
A
A

JAWA TIMUR – Seorang wanita ditahan polis gara-gara tindakannya memukul suami sendiri sehingga terjatuh, selain turut memijak kemaluan lelaki itu sehingga pengsan, baru-baru ini.

Polis tempatan di Probolinggo, Jawa Timur, Bripka Isyana Reni Antasari berkata, suspek, Nur Faida, 30, pada mulanya hanya berperang mulut dengan suaminya, Syamsul Arifin, 34, di kediaman mereka di Desa Kalibuntu.

Menurutnya, mereka bertengkar kerana soal duit dan wanita itu juga mengesyaki suaminya menjalinkan hubungan dengan perempuan lain, lapor Kompas.com memetik sumber.

“Semasa bertengkar, wanita berkenaan memukul suaminya sehingga tersungkur hingga menyebabkan kepalanya terhantuk di bucu meja dan terjatuh ke lantai. Ketika itulah dia memijak kemaluan suaminya sehingga lelaki itu pengsan,” katanya.

Bripka Isyana berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital sementara wanita berkenaan berjaya diberkas dan suspek kini turut berdepan tuduhan keganasan rumah tangga yang difailkan oleh keluarga suaminya.

“Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya keadaan mangsa stabil. Sekiranya keadaan mangsa bertambah teruk, hukuman penjara boleh dikenakan sehingga 10 tahun,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus