Isteri berpantang menangis suami buat kejutan ‘make over’ rumah

Gambar sebelum dan selepas rumah dilakukan pengubahsuaian.
Gambar sebelum dan selepas rumah dilakukan pengubahsuaian.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang suami melakukan kejutan kepada isterinya yang baharu sahaja melahirkan anak dengan melakukan pengubahsuaian kediaman mereka, menerima pelbagai reaksi dan respons positif dalam kalangan warganet.

Kisah tersebut dikongsikan pereka hiasan dalaman rumah, Khairunnisa Hamzah di laman Facebooknya.

Khairunnisa dan suaminya membuat perkhidmatan reka bentuk kediaman dan klien pertama mereka adalah seorang lelaki yang ingin membuat kejutan kepada isterinya yang berpantang selama tiga bulan di kampung sebagai menghargai pengorbanan dalam melahirkan anak mereka.

"Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah,” tulisnya.

Pereka hiasan dalaman rumah itu juga turut berkongsi gambar ‘make over’ rumah dan kagum dengan tindakan suami tersebut yang pada mulanya hanya ingin melakukan pengubahsuaian pada dapur dan bilik.

“Suprise makeover sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama tiga bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama. Bermula daripada kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.

Antara reaksi netizen yang memuji tindakan suami yang menghargai isterinya serta terpegun dengan hasil yang dilakukan oleh Khairunnisa dan suaminya.
Antara reaksi netizen yang memuji tindakan suami yang menghargai isterinya serta terpegun dengan hasil yang dilakukan oleh Khairunnisa dan suaminya.

“Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara. Ini bukan siapkan bilik pantang atau bilik bayi tapi siapkan satu rumah sekali.

Artikel Berkaitan:

“Bertuah betul si isteri. Encik suami yang nak buat 'suprise' untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang 'makeover' satu rumah sekali,” tulisnya.

Perkongsian Khairunnisa kini tular di media sosial yang kini meraih 1,400 tanda suka serta 1,900 warga maya berkongsi kisah ini dan rata-rata netizen memuji tindakan suami yang menghargai isterinya serta terpegun dengan hasil dilakukan oleh Khairunnisa dan suaminya.

“Tak semua suami mampu nak buat isteri macam ini. Kesian mereka yang berharap suami buat macam ini kan. Mudah-mudahan ada rezeki semua yang 'tag' suami masing-masing. Saya nak 'tag' suami tapi dia kata baik baca sendiri daripada 'tag-tag'," katanya.