MEF harap kadar gaji minimum penjawat awam kekal

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap agar kenaikan gaji minimum bagi penjawat awam dikekalkan sebanyak RM1,800 sebulan.

Presidennya, Shamsuddin Bardan berkata, pengekalan gaji minimum berkenaan adalah berikutan peningkatan kos sara hidup hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, kenaikan gaji minimum itu perlu dikekalkan dahulu sebelum ditambah baik pada masa akan datang.

"Kadar gaji minimum perlu dikekalkan agar ia tidak memberikan tekanan kepada pihak kerajaan dan juga swasta pada ketika ini.

“Kalau kita tingkatkan kadar gaji ini, sudah tentu akan ia berikan tekanan kepada pihak kerajaan dan sektor swasta untuk buat benda yang sama. Patut tak berlaku macam itu.

“Sektor kerajaan banyak kemampuan, saya rasakan pada kadar yang ada sekarang ini kekalkan dahulu sehingga ditambah baik,” katanya bagi mengulas permintaan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam.

Berdasarkan kajian Cuepacs menunjukkan keperluan seorang rakyat memerlukan wang minimum RM2,600, RM2,700 (kajian Bank Negara) dan sebanyak RM2,680 bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu Shamsuddin berkata, peningkatan gaji pekerja dalam sektor swasta juga perlu dikaji semula agar kenaikan berkenaan memberikan manfaat kepada pekerja tempatan.

Artikel Berkaitan: