Tiada isu tunggakan gaji tiga bulan

Akhramsyah Muammar
Akhramsyah Muammar
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) Corporation Sdn Bhd menegaskan bahawa pembayaran gaji pekerjanya tidak pernah mengalami tunggakan selama tiga bulan.

Pengerusinya, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, pembayaran gaji hanya mengalami kelewatan dari tarikh ditetapkan disebabkan faktor tertentu.

"Lewat bayar gaji hanya berlaku tiga kali sepanjang tahun 2019 termasuk pada bulan Ogos yang telah dibayar pada minggu pertama bulan September.

"Kelewatan ini disebabkan perubahan, penyelarasan proses pembayaran dan agihan wang pengurusan anak-anak syarikat Mara yang masih berterusan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan isu penutupan dan penjualan aset perniagaan di bawah pengurusan Mara Corporation.

"Kami tidak pernah dimaklumkan atau dibawa ke mana-mana perbincangan oleh Jawatankuasa Pelaburan Majlis Mara (ICM) atau Majlis Mara tentang penutupan atau penjualan aset," katanya.

Sehubungan itu Akhramsyah berkata, prestasi Mara Corporation semakin cemerlang setelah berjaya melaksanakan 'turnaround' secara berperingkat terhadap syarikat-syarikat subsidiari.

"Alhamdulillah, tahun ini dianggarkan berjaya meraih keuntungan sebanyak 10 hingga 20 juta berbanding kerugian yang dialami pada tahun 2018 iaitu sekitar RM74 juta," katanya.

Artikel Berkaitan: