64 anak yatim, asnaf dapat kelengkapan sekolah

Japilus (dua dari kiri) menyampaikan naskah al-Quran kepada wakil rumah anak yatim yang dipilih untuk program CSR kesatuan baru-baru ini.
Japilus (dua dari kiri) menyampaikan naskah al-Quran kepada wakil rumah anak yatim yang dipilih untuk program CSR kesatuan baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seramai 64 pelajar dari sebuah rumah yatim dan asnaf Sijangkang di sini dibawa ke Pasaraya Mydin Subang Jaya untuk membeli kelengkapan persekolahan baru-baru ini.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Kumpulan UMW, Japilus Zainal berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dijayakan sejak 18 tahun lalu bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.

"Ia adalah usaha kecil kami bagi meringankan beban di samping menceriakan mereka.

Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Kumpulan UMW bergambar bersama penerima sumbangan program CSR yang diadakan baru-baru ini.
Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Kumpulan UMW bergambar bersama penerima sumbangan program CSR yang diadakan baru-baru ini.

"Terima kasih kepada seluruh staf UMW yang menghulurkan sumbangan tanpa mengira kaum bagi menjayakan program CSR ini," katanya pada program CSR itu.

Pada program sama, beliau turut menyampaikan sumbangan al-Quran terjemahan keluaran Karya Bestari kepada rumah anak yatim tersebut.

Artikel Berkaitan: