UDA sumbang zakat RM30,000 kepada asnaf, anak yatim

Mohd Nazri (tengah) diiringi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UDA, Radziah Mohamed Fadzil (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Setiausaha Agong/ Pengurus Pusat Jagaan Anak Yatim/ Saudara Baru An-Najjah,Siti Hawa Adnan sempena Majlis Berbuka Puasa UDA Mall Bersama Asnaf @ Malaysia Grand Bazaar di Kuala Lumpur.

A
A
A

SHAH ALAM - UDA Holdings Berhad menerusi UDA Cares menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM30,000 kepada asnaf dan anak yatim melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Pengurusan Harta UDA, Mohd Nazri Jamiran berkata, sumbangan itu disalurkan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah, Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wassunah.

Menurutnya, seramai 50 anak asnaf dan anak yatim daripada Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur turut diraikan pada majlis tersebut.

"Mereka menerima RM250 setiap seorang berupa pakaian dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri serta wang tunai.

"Anak-anak berkenaan turut dibawa membeli-belah persiapan menjelang lebaran di salah sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Mohd Salem Kailani berkata, pihaknya yang turut berperanan dalam pembangunan hartanah komited bersama-sama kementerian menyumbang kembali kepada masyarakat terutama komuniti di wilayah pembangunan serta perniagaan UDA.

Mohd Nazri diiringi Radziah (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Media Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil dari Pusat Jagaan Anak Yatim/ Saudara Baru An-Najjah, Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wassunah.

Ujarnya, semoga sumbangan berkenaan mampu mengukir senyuman serta memberi keceriaan buat mereka dalam meraikan Syawal bakal tiba.

"Kami juga berharap usaha murni UDA menyantuni insan memerlukan lebih-lebih lagi di bulan mulia ini dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat yang bertepatan dengan konsep Malaysia Madani," jelasnya.

Teks ucapan itu dibaca Mohd Nazri yang mewakili Mohd Salem sempena Majlis Berbuka Puasa UDA Mall Bersama Asnaf di Malaysia Grand Bazaar (MGB), Hab Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

Ujarnya, majlis berbuka puasa tersebut bertujuan memberi hebahan kepada orang ramai mengenai MGB yang merupakan sebuah kompleks beli-belah artisanal pertama di Kuala Lumpur di bawah seliaan UDA.

"MGB ini juga dijadikan sebagai salah satu platform kepada usahawan yang baru mengorak langkah mereka dalam bidang keusahawanan mahupun perniagaan.

"Selain itu, sepanjang Ramadan 2023, UDA telah mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM205,600 kepada 15 buah Pusat Pertubuhan dan Rumah Kebajikan bagi lapan Majlis Berbuka Puasa anjuran UDA di beberapa wilayah perniagaan UDA seperti di sentral, utara, selatan dan pantai timur," katanya.