Tubuh CDERT sebagai langkah awal tangani banjir

Tengku Kamarulzaman (tengah) bergambar bersama petugas dan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Mawai, Kota Tinggi, hari ini
Tengku Kamarulzaman (tengah) bergambar bersama petugas dan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Mawai, Kota Tinggi, hari ini
A
A
A

KOTA TINGGI - Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti (CDERT) akan ditubuhkan di Kampung Gembut di sini sebagai usaha mengawal bencana alam khususnya banjir di penempatan berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam (PA), Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar berkata, terdapat keperluan petugas kerana bencana itu kerap berlaku hampir saban tahun di penempatan berkenaan.

“Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah berbincang dengan ketua kampung untuk tubuhkan CDERT Kampung Gembut yang mana bagi melahirkan bakal-bakal sukarelawan APM. Jadi bila ada bencana seumpama ini mereka telah dilatih untuk menjalani tugas sebelum bantuan lain datang.

“Paling penting sekarang ialah tindakan serta merta kerana penduduk tidak perlu khuatir untuk mendapatkan bantuan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menyampaikan bantuan keperluan harian daripada APM di PPS Sekolah Kebangsaan Gembut di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi APM, Abdul Wahab Rahim.

Tengku Kamarulzaman berkata, pihaknya juga berharap kerajaan dapat mencari jalan terbaik untuk bersama-sama menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di kampung berkenaan.

“Kawasan ini di tepi muara. Air pasang dan hujan hujan lebat mengakibatkan air tidak surut

Artikel Berkaitan:

Penduduk kampung juga beritahu ada bertahu setiap tahun mereka akan menempuh dua bencana iaitu banjir dan kemarau," katanya.

Selain PPS Kampung Gembut, Tengku Kamarulzaman yang juga Penaung Pasukan Khas Pertahanan Awam turut meluangkan masa untuk melawat sebuah PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Mawai di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai program bantuan berkenaan, beliau memaklumkan sebanyak 1,000 pek barangan kelengkapan dan makanan telah diagihkan kepada semua PPS membabitkan tiga daerah negeri ini yang terjejas akibat banjir.