Adnan mahu pastikan Cuepacs terus digeruni

Azih (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai tertinggi Cuepacs yang baharu selepas Majlis Keputusan Pemilihan Pegawai-Pegawai Tertinggi Cuepacs 2019 - 2022 pada Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs Ke- 28 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. Turut kelihatan, Presiden Cuepacs yang baharu, Adnan (tiga dari kanan). - Foto: Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - "Saya akan terus memacu kecemerlangan Cuepacs untuk mendepani cabaran menjelang negara maju 2025," itu antara ikrar Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat yang menang pemilihan pada Konvensyen Tri Tahunan Cuepacs ke-28 bertempat di Shah Alam Convention (SACC) hari ini.

Adnan berkata, dirinya akan terus bersama badan tersebut mengorak langkah memajukan Cuepacs dan membawa suara ahlinya.

"Saya akan meneruskan apa yang dirancang barisan kepimpinan terdahulu dan pada masa sama menangani segala isu yang timbul.

"Perjalanan yang bakal kita tempuhi ini amat mencabar namun saya percaya dengan sokongan dan mandat yang diberikan, saya yakin kita mampu melaksanakannya," katanya selepas pemilihan kepimpinan Cuepacs.

Adnan (tiga dari kanan) bersalaman bersama Azih (tiga dari kiri) selepas pemilihan kepimpinan Cuepacs di Konvensyen Tri Tahunan Cuepacs ke 28 di Shah Alam Convention(SACC) hari ini. - Foto: Asril Aswandi Shukor

Dalam ucapannya, Adnan juga turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Presiden Cuepacs terdahulu yang banyak menabur jasa dan bakti.

"Saya amat berbangga dengan mantan presiden kita, Datuk Azih Muda, beliau adalah wira kita.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan pastikan apa yang dibawanya akan diteruskan dan masa sama terus menjadikan Cuepacs digeruni dan membawa Cuepacs sebagai wadah perjuangan keseluruhan penjawat awam di Malaysia," katanya.

Adnan memenangi pemilihan barisan kepimpinan Cuepacs kali ini dengan menewaskan pencabarnya iaitu Zainal Ismail, Mohd Razali Singah, Abdul Malik Mohamed Zin dan Datuk Ahmad Shuffir Zakaria dengan undi sebanyak 676 undi.

Pemilihan Cuepacs sempena Konvensyen Tri Tahunan Cuepacs ke-28 menyaksikan beberapa muka baharu terutamanya bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Timbalan Setiausaha Agung dan beberapa jawatan yang dipertandingkan.