Sazali Saidon ketua jurulatih baharu skuad Rusa

Sazali dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. - Foto Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
Sazali dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. - Foto Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Bekas jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Sazali Saidon dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Rusa bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Perkara itu diumumkan menerusi entri terkini di Facebook Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan turut disahkan pegawai medianya Firdaus Bhari kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut PBNS, Sazali sebelum ini diberikan kepercayaan membantu penolong jurulatih Negeri Sembilan, Zaki Sheikh Ahmad bagi beberapa perlawanan dalam saingan liga musim ini selepas ketua jurulatih pasukan itu, Mat Zan Mat Aris direhatkan.

Selain Sazali, bekas pemain tengah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Shahurain Abu Samah turut disahkan menyarung semula jersi pasukan Hoben Jang Hoben musim hadapan.

Sebelum ini, Shahurain pernah bersama skuad Rusa pada 2006 hingga 2013, sebelum menyertai Felda United, PKNS dan PDRM.

Dalam pada itu, skuad berkenaan mengekalkan pemain pertahanan senior Hafiz Zamani Misbah, serta tiga pemain import musim lepas iaitu pemain kelahiran Jepun, Shunsuke Nakatake, Igor Luiz (Brazil) dan Matheus Vila (Brazil). - Bernama

Artikel Berkaitan: