Wanita mangsa serangan Islamofobia selamat lahir bayi lelaki

Perkongsian berita gembira itu dimuat naik di Twitter @muslim.daily.
Perkongsian berita gembira itu dimuat naik di Twitter @muslim.daily.
A
A
A

SYDNEY - Wanita hamil menjadi mangsa serangan Islamofobia di Sydney, Australia baru-baru ini selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsi oleh Twitter @muslim.daily dengan mengucapkan syukur atas kelahiran bayi lelaki tersebut.

"Alhamdulillah, wanita Muslim yang hamil malah menjadi mangsa serangan Islamofobia di sebuah kafe di Sydney telah melahirkan bayi lelaki yang sihat. Semoga ALLAH memberkati dan melindungi mereka," ciapnya pantas tular di laman sosial.

Hantaran itu dibanjiri ucapan tahniah dan gembira kerana kedua-dua mereka itu selamat.

"Syukur, si ibu selamat melahirkan bayi itu dan moga ALLAH terus melindungi mereka," ciap Fatzz.

Kata pelayar dari Nigeria, "Alhamdulillah, syukur. Sayang daripada kami."

Sebelum ini, mangsa, 31, ditumbuk beberapa kali sebelum rebah lalu dipijak oleh suspek, 43, yang kemudian dihalang beberapa individu di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil mangsa serangan Islamofobia

Artikel Berkaitan: