X

Kindly register in order to view this article
!

Dua sungai di Pahang melepasi paras amaran

Dua sungai di Pahang berada di tahap amaran manakala enam lagi sungai merekodkan tahap waspada setakat jam 9 pagi tadi. - Foto 123RF
A
A

KUANTAN - Dua sungai di Pahang mencacatkan peningkatan paras air pada tahap amaran awal pagi tadi berikutan hujan berterusan sejak kelmarin.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my pada jam 9 pagi tadi, paras Sungai Pahang di Sungai Lepar di sini mencatatkan 29.35 meter (m) berbanding paras normal 27 m manakala Sungai Triang di Bera mencatat 33.90 m berbanding paras normal 31 m.

Bagaimanapun, enam lagi sungai merekodkan tahap waspada iaitu Sungai Kuantan 5.24 m (paras normal 2.00 m), Sungai Pahang di Lubuk Lubuk Pasu, Temerloh merekodkan 29.61 m berbanding paras biasa 29 m.

Sungai Pahang di Paloh Hinai 9.54 m (paras normal 6.50 m), Sungai Pahang di Kampung Chenor dan Lubuk Paku, Maran masing- masing mencatat paras air 20.77 m dan 17.26 m.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah terutama berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir.

Sementara itu, seramai 1,132 mangsa daripada 311 keluarga di Pahang masih ditempatkan di lapan pusat penempatan sementara (PPS) di seluruh negeri itu.

Menurut aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah yang masih dilanda banjir iaitu Rompin, Bera dan Temerloh.

Lima PPS dibuka di Rompin iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pianggu, SK Sarang Tiong, Dewan Kampung Setajam dan Balai Raya Bukit Lepas,

Dua PPS di Temerloh ialah SK Batu Kapor dan SK Bukit Cermin manakala Kompleks Rakan Muda pula di Bera.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!