Ada rupanya jabatan kerajaan bersih rasuah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KEBIASAANNYA sebulan sekali Merak Jalanan akan cuba ambil peluang berjumpa dengan rakan-rakan lama terutama yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk bertanya khabar dan bertukar pendapat tentang isu semasa.

Topik perbincangan pada pertemuan itu berkisar tentang perebutan jawatan nombor satu sebuah kesatuan sekerja yang menjadi tumpuan media dan penjawat awam khasnya.

Kawan-kawan memang suka hendak tanya Merak Jalanan macam-macam maklumlah ‘orang media’ dan pastinya mereka mengharapkan berita di belakang tabir. Padahal, tugas orang media hanya melaporkan apa yang berlaku sewajarnya.

Kebanyakan kawan-kawan Merak Jalanan bertugas di jabatan kerajaan dan mereka sendiri mengharapkan sesiapa sahaja yang terpilih nanti dapat membersihkan imej penjawat awam daripada rasuah dan mengembalikan integriti yang semakin terhakis akibat perbuatan segelintir daripada mereka.

Ketika rancak berbual, salah seorang kawan Merak Jalanan berkata: Tapikan Jabatan Meteorologi tak ada pula orang nak bagi rasuah ya. Manalah tahu, nak cuaca panas saja.

Sebenarnya, penjawat awam atau mana-mana agensi tidak boleh marah atau melatah apabila rakyat atau orang ramai menyentuh isu rasuah dalam kalangan penjawat awam kerana perkara ini sudah membarah sejak lama dahulu.

Menurut Transparency International (TI), Malaysia berada di tangga ke-61 daripada 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunan pada 2018 berbanding kedudukan ke-62 pada 2017.

Malaysia mengekalkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI pada tahun lalu dan 2017. Skor dalam CPI ditentukan mengikut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala sifar (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, sesiapa yang diberi tanggungjawab nanti bukan hanya fikirkan jawatan direbut tetapi haruslah memegang amanah tidak disoal nanti.